SELAMAT DATANG KE BLOG "SKIM LENCANA ANTI DADAH SMK TELOK GADONG" :)

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,kesedaran dan keinsafan kepada murid,guru,kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah meletakkan sasaran ‘’Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah 2015’’



PRINSIP PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

1.    Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.
2.    Pendidikan Pencegahan dadah adalah untuk semua murid,guru,kakitangan sekolah dan ibu bapa.
3.    Pengetahuan,kemahiran,nilai,pengalaman,sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
4.    Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
5.    Program Pendidikan Pencegahan dadah hendaklah menjurus ke arah‘’Sekolah Bebas Dadah Dan Negara Bebas Dadah 2015’’


Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah diharap dapat memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid, guru, kakitangan pentadbiran sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah.Perancangan aktiviti ini diharapkan mampu memberikan pendedahan agar mereka dapat menjauhi dan berupaya menentang dadah dengan meletakkan sasaran ‘’Sekolah Bebas Dadah 2015’’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan